iso 100|f5.6|923sec
ada 2 cara nak buat startrail
1 guna cara saya lagi 1 guna cara yang lebih conventional yang memrlukan gambar2 dicantum dengan photoshop
cara saya adalah guna iso rendah dan shutter speed yang super duper lama sampai 20 minit. apa yang saya buat letak camera atas tripod, guna BULB dan ikat pemadam dengan getah di shutter button anda.pastikan ia kemas.untuk tentukan shutter speed yang perlu guna mula dengan ambil gambar anda dengan iso tinggi misalnya saya cuba iso 1600 san saya dapati shutter speed 30 saaat telah mencukupi dan saya cuba iso 800 saya menggunakan 2 minit. jadi saya boleh kira berapa lama shutter speed yang diperlukan untuk iso 100.lebih kurang 20 minit macam tu.dan saya guna getah dan pemadam itu untuk mendapatkan shutter speed selama 20 minit.terhasillah gambar ini..
cara expert adalah :
set dengan menggunakan kaedah berikut
1.ISO
gunakan iso yang tinggi misalnya 800 atau 1600 kerana cahaya bintang adalah malap sahaja.
2.exposure
guna mode manual. cuba shutter speed 30saat dengan f/5.6 dan lihat jika bintang gelap sangat cuba gunakan apature lebih besar seperti f/4 jika bintang terlalu cerah guna apature lebih kecil seperti f/8
3.shooting mode
gunakan continuous shooting. manual focus not auto focus.off kan noise reduction.
Taking the shot:
letak camera pada tripod. kalau ada remote boleh pakai remote. hanya tekan shutter button dan lock kan nya.jika tiada remote gunakan pemadam dan getah macam diatas tadi.bila dah press button, biarkan camera itu mengambil gambar selama yang anda mahu. startrail yang bagus memerlukan diantara 20-180 image yg setiap 1 nya 30 saat shutter speed.jadi mungkin akan memakan masa satu setengah jam ya kawan2..untuk gambar terakhir gunakan flash untuk ambil gambar subjek atau objek didalam gambar itu.macam dalam gambar diatas pokok kelapa itu lah..
final step adalah gabungkan semua gambar itu menggunakan photoshop..use blending option.lapis2 kan sahaja gmbar2 itu semua ya..tadaaa siap lah..susah x? ya susah.tapi hasilnya memuaskan
p/s: terlupa.perlu halakan camera anda ke utara ya..kan dah belajar geography.tengok lah bintang tu nak tau mana arah utara k..jangan tanya kenapa utara.buat je ^_^
*update: kena pakai white balance selain dari auto.mana2 je asalkan bukan auto.hehe.
4 comments:
kenapa utara? :P
knpe utara ?
haha..adoi.sebab bumi puseng pada paksinya.jd gambar yg terhasil bintang tu jadi melengkung yang cantek.kalau buat sampai 2 jam boleh jd mcm ni..kalau x ke utara x dpt titik tgh bulat2 tu
http://www.google.com.my/imgres?q=startrail&hl=en&sa=X&biw=1280&bih=709&tbm=isch&prmd=imvns&tbnid=XrP1u2JNA3XLMM:&imgrefurl=http://www.startrails.de/&docid=UGhyqm9hnHjQ2M&imgurl=http://www.startrails.de/assets/images/pol_Kopie.jpg&w=402&h=268&ei=DWUpT-qTKIvyrQfiu_2vAQ&zoom=1&iact=hc&vpx=381&vpy=71&dur=2394&hovh=183&hovw=275&tx=164&ty=89&sig=110022270416812343439&page=1&tbnh=160&tbnw=226&start=0&ndsp=16&ved=1t:429,r:1,s:0
Post a Comment