>

Oct 27, 2011

Nikon D500 saya

jangan tertipu dengan title itu ya. semalam saya mengunjungi SENG HENG dengan COURT dekat temerloh. terjumpa lah camera ini. besar, berat, dan semestinya POWER.. salah SANGAT POWER. cik Nikon D500 ni sangat super power sebab.malas nak cerita. awak awak boleh Google sendiri kan. ekeke. akan disambar bila saya dah kerja nanti. insyallah kalau murah rezeki. harganya sekarang rm4999 tunai. sekian!

Oct 25, 2011

oh bulan!

indahnya ciptaan tuhan. tenang je bila tengok.cantik kan. love it.
hanya gunakan mode full auto tanpa flash. 
penggunaan tripod adalah diperlukan untuk mengelakkan gegaran.


seribu penghargaan untuk hafifi hashim kerana menjadi model. ;)

hidup ni kadang kadang sukar nak hadapi,
tidak macam apa yang kita sangka,
ambil masa cuti ini untuk merehatkan segalanya.
mood: sangat tenang berada di rumah.alhamdulillah :)

Oct 10, 2011

flora dan fauna

mengambil gambar sesuatu yang tidak boleh dikawal sangat mencabar. minggu lalu terdapat pertandingan fotografi dengan bertemakan flora dan fauna. saya yang berkobar kobar ingin menyertai meminjam sepasang kura2 untuk dijadikan model. tak sangka kura kura yang sepatutnya pemalu ini sangat aktif. tak duduk diam. hanya gunakan mode full auto dan mengambil seberapa banyak gambar si kura kura ini yang berlari ke sana sini. sudahlah kura kura orang. kecil pula tu. kalaulah dia masuk ke dalam semak tepi rumah tu memang sah sah hilang kura kura orang. alhamdulillah dapat beberapa yang agak cantik untuk dimasukkan didalam pertandingan. sayang seribu kali sayang gambar yang ingin dihantar pada malam penyertaan tidak dapat dihantar kerana hujan..:(
mungkin tiada rezeki. tidak mengapa mungkin bukan masanya lagi. ok enjoy the picture..:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...