>

Jan 31, 2012

startrail

iso 100|f5.6|923sec


startrail harus dicuba oleh semua. ia memerlukan kesabaran yang super duper punyalah. tengok macam gambar sy ambil ini.dengan iso 100 sampai kena guna shutter speed 923sec yang bersamaan lebih kurang 20 minit.pew 20 mnit untuk sekeping gambar. kalau dekat luar negara heater mungkin diperlukan untuk letak berhampiran lens. sebab nanti kebus lens ape pun x nampak. menggunakan shutter speed yg lama tidak bagus kerana terdapat noise dalam gambar.ini tidak bagus.tapi untuk nak cuba buat kali pertama dan anda agak malas nak berphotoshop boleh lah.macam saya lah tu.haha..

ada 2 cara nak buat startrail
1 guna cara saya lagi 1 guna cara yang lebih conventional yang memrlukan gambar2 dicantum dengan photoshop

cara saya adalah guna iso rendah dan shutter speed yang super duper lama sampai 20 minit. apa yang saya buat letak camera atas tripod, guna BULB dan ikat pemadam dengan getah di shutter button anda.pastikan ia kemas.untuk tentukan shutter speed yang perlu guna mula dengan ambil gambar anda dengan iso tinggi misalnya saya cuba iso 1600 san saya dapati shutter speed 30 saaat telah mencukupi dan saya cuba iso 800 saya menggunakan 2 minit. jadi saya boleh kira berapa lama shutter speed yang diperlukan untuk iso 100.lebih kurang 20 minit macam tu.dan saya guna getah dan pemadam itu untuk mendapatkan shutter speed selama 20 minit.terhasillah gambar ini..

cara expert adalah :

set dengan menggunakan kaedah berikut
1.ISO
gunakan iso yang tinggi misalnya 800 atau 1600 kerana cahaya bintang adalah malap sahaja.

2.exposure
guna mode manual. cuba shutter speed 30saat dengan f/5.6 dan lihat jika bintang gelap sangat cuba gunakan apature lebih besar seperti f/4 jika bintang terlalu cerah guna apature lebih kecil seperti f/8

3.shooting mode
gunakan continuous shooting. manual focus not auto focus.off kan noise reduction.

Taking the shot:
letak camera pada tripod. kalau ada remote boleh pakai remote. hanya tekan shutter button dan lock kan nya.jika tiada remote gunakan pemadam dan getah macam diatas tadi.bila dah press button, biarkan camera itu mengambil gambar selama yang anda mahu. startrail yang bagus memerlukan diantara 20-180 image yg setiap 1 nya 30 saat shutter speed.jadi mungkin akan memakan masa satu setengah jam ya kawan2..untuk gambar terakhir gunakan flash untuk ambil gambar subjek atau objek didalam gambar itu.macam dalam gambar diatas pokok kelapa itu lah..

final step adalah gabungkan semua gambar itu menggunakan photoshop..use blending option.lapis2 kan sahaja gmbar2 itu semua ya..tadaaa siap lah..susah x? ya susah.tapi hasilnya memuaskan


p/s: terlupa.perlu halakan camera anda ke utara ya..kan dah belajar geography.tengok lah bintang tu nak tau mana arah utara k..jangan tanya kenapa utara.buat je ^_^

*update: kena pakai white balance selain dari auto.mana2 je asalkan bukan auto.hehe.

Jan 21, 2012

home made dry box

barang elektronik ni sensitif dengan wap air, kelembapan dan juga air..semua itu boleh merosakkan camera atau lain2 barang digital. so mari kita buat dry box atau kotak kering. senang je, murah dan boleh diharapkan hopefully. dah nama pun home made kan.hehe. kalau nak betul2 pergi beli dry box kat kedai koman2 harga rm200. buat sendiri rm50 pun x habis.hehe..
bahan2 yang diperlukan:
1: bekas @ tupperware
2: silica gel (boleh beli kat sini, dalam mudah.my pun ade juga)
3: duet untuk beli dua barang tu.nak jimat curik mak punya tupperware.hihi

celica gel yang saya guna

ini celica gel juga

bekas beli kat hock kee seng. rm15
agak kedap udara.lagi kedap lagi bagus
 cara-caranya:
1: letak celica gel dalam bekas
2: letak camera dalam bekas
3: dah siap dah.haha senang je



siap... ^_^

note : fungsi celica gel adalah untuk menyerap wap2 air. asal warnanya biru terang.bila dah penuh dengan air dia bertukar warne menjadi biru gelap. nak bagi dia biru balik boleh jemur bawah matahari terik sampai dia jadi warna biru asal ataupun masuk je oven kat rumah tu.hee

Jan 13, 2012

Pictures Of The Year 2011 Contest


klik gambar atas tuk join contest
bawah ni gambar contest saya. exif: Canon EOS 400D|10sec|iso 400|f/5|AWB|non edit|
-keindahan ciptaan tuhan-
setiap yang hidup pasti akan pergi dan janganlah sekali kali kita alpa wahai umat adam

malas tulis panjang tag 3 orang tuk cukupkan syarat

Jan 12, 2012

-exif- -apature f stop- -shutter speed- -iso-

exif gambar ini: Canon EOS 400D|iso 800|1/2000sec|f/8
tajuk: exif, apature f stop, shutter speed, iso.

f/8 apature yang digunakan semasa mengambil gambar ini untuk menyerap sejumlah cahaya secukupnya menggunakan 1/2000sec shutter speed untuk memegunkan gambar ini dan iso 800 untuk mendapatkan kecerahan secukupnya dalam mengambil gambar ini.
anda mungkin telah paham apakah itu exif :)
apature adalah bukaan lens untuk menyerap cahaya masuk. semakin besar apature digunakan semakin cerah cahaya itu. bila digandingkan dengan shutter speed yang bersesuaian ia dapat menghasilkan gambar yang cantik. f/2 adalah besar manakala f/20 adalah apature kecil. dengan kata mudahnya makin kecil huruf makin besar apature. untuk slow shutter elok guna apature kecil f/15-20 misalnya.

untuk apa itu iso sila klik sini dan shutter speed klik sini.

Jan 10, 2012

horizontal line




gambar atas - horizontal line senget
gambar bawah - horizontal line yang lurus

gambar atas tu tidak cool ok, senget2 x cool.horizontal line antara aspek penting. x kira la ambil gambar pakai DSLR, camera digital atau kamera handphone. jika horizontal line itu dijaga nilai estetika gambar itu tidak akan jatuh.

antara gambar yang wajib dijaga horizontal line bila mana ada laut, jambatan, bangunan dan yang mana-mana yang dirasakan perlu.

gambar yang tidak wajib apabila korang memang mahu gambar itu senget seperti gambar muka seseorang ka atau pun ape2 yang dirasakan sesuai untuk gambar itu senget. tapi. ok ade tapi. senget2 ni kalau boleh elakkan.

kenapa x boleh senget?
bukan x boleh.boleh je.tapi katakan kalau nak cuci gambar itu.letak dalam frame ataupun letak dalam album. horizontal line yg tidak dijaga akan jelas kelihatan.gantung dekat dinding kepala pun boleh senget tengok gambar..hehe.saya pun post ni sebab horizontal line ni la paling selalu lupa.lagi2 gambar laut. ntah x tahu kenapa.haha

Jan 6, 2012

photoshoot drift di stadium runtuh

wagon drifting. kereta wagon pun boleh drift maa. nice tune.nice car with big intercooler. sound smooth engine 



Nissan 180SX or 240SX drifting. the yellow one is superb nice. nice car for drifting.





Jan 4, 2012

jembal beach sunset

pakai camera phone cap ayam je. edit by picasa editor
pantai tok jembal kesayangan semua :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...