good info nak kongsi.repost dari (kelik sini) hehe
golongan pertama : BARU BELAJAR (Tiada Pengalaman)
golongan pertama : BARU BELAJAR (Tiada Pengalaman)
korang mungkin dah berjaya mengambil gambar dengan menggunakan kamera kompak tetapi bukan DSLR. korang sememangnya mempunyai minat yang mendalam terhadap fotografi tetapi sering kecewa kerana tidak mempunyai kesemua pengetahuan asas yang diperlukan untuk memiliki kawalan terhadap foto korang. Jadi bila dah tak ada pengetahuan, korang apa lagi guna auto la 100% untuk dapat gambar yang cantik-cantik, senang..betul x? Jika ditanya tahap kemahiran fotografi korang, jawapan korang adalah OK. Jangan risau, walaupun korang baru belajar, namun mungkin korang ada beberapa shot yang hebat mengikut pandangan korang sendiri. Jadi, tingkatkan lah kehebatan korang tu! :)
golongan kedua : ENTHUSIAST (Advanced Amateur)
korang telah menggunakan DSLR beberapa tahun dan mungkin juga memiliki kamera DSL 35mm. korang mnenganggap diri korang setaraf dengan jurufoto berkebolehan yang sekurang-kurangnnya korang mengetahui perkara mengenai keperluan asas untuk menghasilkan imej yang sempurna dan well exposed. Selain tu juga, korang ni dikenali di kalangan rakan dan keluarga sebagai jurufoto yang baik. Malah perkhidmatan korang juga dicari oleh mereka semua. Dalam masa yang sama, korang mengekalkan minat korang terhadap fotografi ni dan dalam masa yang sama juga korang mencari idea baru, teknik dan kemahiran untuk dipelajari bagi mengembangkan bakat sedia ada.
golongan ketiga : PROFESIONAL (Advanced Enthusiast)
korang mungkin bukan jurufoto sepenuh masa, tetapi korang ada kreativiti bagi menghasilkan gambar itu menjadi cantik. Korang juga tahu membuat wang di dalam dunia fotografi ini. mengambil gambar adalah pembangkit selera korang, korang juga tidak akan duduk diam apabila tiada kamera DSLR mahupun kamera kompak yang berkualiti sebagai ganti untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Hal ini kerana, korang akan menjadi sedih apabila korang terlepas shot yang menarik untuk ditangkap. hajat menjadi seorang pro merupakan impian agung korang, tapi atas beberapa sebab ia menjadi tidak sesuai untuk waktu sekarang. dalam masa yang sama, korang juga mempunyai beberapa perancangn dan memiliki keazaman tinggi untuk menjadi fotografi sepenuh masa. untuk meningkatkan lagi tahap profesional korang, korang seringkali membeli/membaca majalah fotografi sebagai panduan korang, malah korang juga menyertai pertandingan fotografi. korang join pertandingan tu bukan untuk menang tetapi sebagai cabaran untuk meningkatkan tahap korang. Bila dah berada tahap ni, dah tentulah korang mempunyai kelengkapan yang cukup bagus untuk fotografi. betul tak? mesti betul punya kan.hehe. :)
so anda yang mana?saya yang mana pun saya x pasti.
so anda yang mana?saya yang mana pun saya x pasti.
0 comments:
Post a Comment