>

Dec 31, 2011

HAPPY NEW YEAR 2012

good bye 2011 #tears, loss of friend-alan dan pidot in memories. kepercayaan. happiness. joy and everything. 
hye hye 2012, be nice years

2012 bermakna tahun akhir dalam pengajian dan juga bermakna tahun pertama dalam bidang pekerjaan. diharapkan semuanya berjalan dengan lancar. wishlist? ada banyak. semoga dapatlah salah 1 pun tape.


tahun baru kalau boleh nak banyak maen gambar SILHOUETTE.. sebelum ni x pernah lagi. potrait itu mesti lah.dah selalu. SILHOUETTE dengan slow shutter akan di lebihkan lepas ini. sebab seninya lebih abstract. dalam gambar atas ni contoh konsep SILHOUETTE. tapi gambar ni moodnya kurang sbb objek tu x buat pape dan berdiri tegak je. kalau ditambah dengan fixie ataupun gitar baru moodnya datang.ye dak. macam tu la lebih kurang. nak main ni focus kat background. apature dan apa semua set kat untuk background k bukan objek. dan jangan guna flash.itu sahaja. bye :) 

Dec 30, 2011

collage of her

ini adalah collage..sesuai tuk dijadikan wallpaper.juga boleh di print sebagai potrait untuk digantung di rumah, di pejabat atau di bilik.."can express memorable stories".nak buat pun senang je.
kredit untuk : Shakila Khamis :)

Dec 29, 2011

random

lame x update.. tengok je la k gambar random ni. 

Banjir di UMT

Beauty of Masjid Kristal

UMT photoshoot day

Monsoon photo contest

Me :)

Nov 13, 2011

Anda tergolong jurufoto yang mana?

good info nak kongsi.repost dari (kelik sini) hehe

golongan pertama : BARU BELAJAR (Tiada Pengalaman)
korang mungkin dah berjaya mengambil gambar dengan menggunakan kamera kompak tetapi bukan DSLR. korang sememangnya mempunyai minat yang mendalam terhadap fotografi tetapi sering kecewa kerana tidak mempunyai kesemua pengetahuan asas yang diperlukan untuk memiliki kawalan terhadap foto korang. Jadi  bila dah tak ada pengetahuan, korang apa lagi guna auto la 100% untuk dapat gambar yang cantik-cantik, senang..betul x?  Jika ditanya tahap kemahiran fotografi korang, jawapan korang adalah OK.  Jangan risau, walaupun korang baru belajar, namun mungkin korang ada beberapa shot yang hebat mengikut pandangan korang sendiri. Jadi, tingkatkan lah kehebatan korang tu! :)

golongan kedua : ENTHUSIAST (Advanced Amateur)
korang telah menggunakan DSLR beberapa tahun dan mungkin juga memiliki kamera DSL 35mm. korang mnenganggap diri korang setaraf dengan jurufoto berkebolehan yang sekurang-kurangnnya korang mengetahui perkara mengenai keperluan asas untuk menghasilkan imej yang sempurna dan well exposed. Selain tu juga, korang ni dikenali di kalangan rakan dan keluarga sebagai jurufoto yang baik. Malah perkhidmatan korang juga dicari oleh mereka semua. Dalam masa yang sama, korang mengekalkan minat korang terhadap fotografi ni dan dalam masa yang sama juga korang mencari idea baru, teknik dan kemahiran untuk dipelajari bagi mengembangkan bakat sedia ada.
 
golongan ketiga : PROFESIONAL (Advanced Enthusiast)
korang mungkin bukan jurufoto sepenuh masa, tetapi korang ada kreativiti bagi menghasilkan gambar itu menjadi cantik. Korang juga tahu membuat wang di dalam dunia fotografi ini. mengambil gambar adalah pembangkit selera korang, korang juga tidak akan duduk diam apabila tiada kamera DSLR mahupun kamera kompak yang berkualiti sebagai ganti untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Hal ini kerana, korang akan menjadi sedih apabila korang terlepas shot yang menarik untuk ditangkap. hajat menjadi seorang pro merupakan impian agung korang, tapi atas beberapa sebab ia menjadi tidak sesuai untuk waktu sekarang. dalam masa yang sama, korang juga mempunyai beberapa perancangn dan memiliki keazaman tinggi untuk menjadi fotografi sepenuh masa. untuk meningkatkan lagi tahap profesional korang, korang seringkali membeli/membaca majalah fotografi sebagai panduan korang, malah korang juga menyertai pertandingan fotografi. korang join pertandingan tu bukan untuk menang tetapi sebagai cabaran untuk meningkatkan tahap korang. Bila dah berada tahap ni, dah tentulah korang mempunyai kelengkapan yang cukup bagus untuk fotografi. betul tak? mesti betul punya kan.hehe. :)

so anda yang mana?saya yang mana pun saya x pasti.

Nov 10, 2011

11.11.11

cantik susunan nombor itu kan.secantik paginya. hujan dipagi jumaat. aman gila rasa..kalau lah hari hari pun macam ni.haha

pagi pagi lagi dah mengelamun dekat koridor rumah tengok hujan. layan jiwang sorang sorang. berangan lah kalau ade duet mesti boleh tunang ke, kahwin ke hari ni kan. tarikh dah cantik ni.haha. sumpah lawak. belajar pun x habis lagi kan. untunglaa sape kahwin ke tunang ke. dapat anak hari ni kan. best laa.. tahniah :)

untunglaa tarikh hari ni sebab di shortcut kan dari 11.11.2011 kepade 11.11.11. kalau tidak di shortkan 20.11.2011 lagi cantik kan. hehe. ok sape nak kawen 20.11.2011 emailkan kat saya cumieappleorange@yahoo.com ok. haha

Nov 9, 2011

anak anak sedaraku

adam
hazim
ika
asraf
danial











selamat menyambut ibadah korban. selamat bercuti kawan2 seuniversiti :)

Oct 27, 2011

Nikon D500 saya

jangan tertipu dengan title itu ya. semalam saya mengunjungi SENG HENG dengan COURT dekat temerloh. terjumpa lah camera ini. besar, berat, dan semestinya POWER.. salah SANGAT POWER. cik Nikon D500 ni sangat super power sebab.malas nak cerita. awak awak boleh Google sendiri kan. ekeke. akan disambar bila saya dah kerja nanti. insyallah kalau murah rezeki. harganya sekarang rm4999 tunai. sekian!

Oct 25, 2011

oh bulan!

indahnya ciptaan tuhan. tenang je bila tengok.cantik kan. love it.
hanya gunakan mode full auto tanpa flash. 
penggunaan tripod adalah diperlukan untuk mengelakkan gegaran.


seribu penghargaan untuk hafifi hashim kerana menjadi model. ;)

hidup ni kadang kadang sukar nak hadapi,
tidak macam apa yang kita sangka,
ambil masa cuti ini untuk merehatkan segalanya.
mood: sangat tenang berada di rumah.alhamdulillah :)

Oct 10, 2011

flora dan fauna

mengambil gambar sesuatu yang tidak boleh dikawal sangat mencabar. minggu lalu terdapat pertandingan fotografi dengan bertemakan flora dan fauna. saya yang berkobar kobar ingin menyertai meminjam sepasang kura2 untuk dijadikan model. tak sangka kura kura yang sepatutnya pemalu ini sangat aktif. tak duduk diam. hanya gunakan mode full auto dan mengambil seberapa banyak gambar si kura kura ini yang berlari ke sana sini. sudahlah kura kura orang. kecil pula tu. kalaulah dia masuk ke dalam semak tepi rumah tu memang sah sah hilang kura kura orang. alhamdulillah dapat beberapa yang agak cantik untuk dimasukkan didalam pertandingan. sayang seribu kali sayang gambar yang ingin dihantar pada malam penyertaan tidak dapat dihantar kerana hujan..:(
mungkin tiada rezeki. tidak mengapa mungkin bukan masanya lagi. ok enjoy the picture..:)


Sep 19, 2011

shutter speed

shutter speed.apekah?
ok shutter speed adelah kelajuan kamera mengambil gambar.contoh kita gunakan shutter speed 1/125. nombor ini menunjukkan gambar diambil dalam kelajuan 125 keping gambar dalam satu minit. betul kot. lebih kurang macam tu la. ok ape kegunaan shutter speed ni. untuk kehadiran cahaya yang banyak shutter speed yang laju boleh digunakan untuk mendapatkan gambar yang jelas dan tidak 'blur' atau tidak bergegar la. juga digunakan untuk mengambil gambar yang bergerak seperti kenderaan yang sedang bergerak. untuk kegunaan waktu malam dan semasa kehadiran cahaya yang sedikit shutter speed yang lebih lame boleh digunakan untuk mendapatkan gambar yang lebih cerah. ia lah kan tengah gelap. camera kena lah ambil gambar 'slow2' baru dapat tangkap semua cahaya. kalau tidak paham boleh google untuk lebih maklumat ya. untuk menggunakan shutter speed yang perlahan sehingga 30 saat untuk satu gambar misalnya penggunaan tripod adalah perlu. atau camera tersebut mestilah tidak boleh bergegar sepanjang 30 saat itu. ok salah satu 'effect' yang boleh dilakukan dengan shutter speed ini adalah seperti didalam gambar ini. alah semua tahu kan macam mana nak buat dah pernah masuk remaja kan. thanks for reading my readers. :)

(klik gambar untuk tumbesaran)

(klik gambar untuk tumbesaran)


Sep 17, 2011

ape itu ISO speed??

korang duk 'godeh godeh' camera korang ade perasan x ISO la ape kejadah tu. mungkin ramai yang tau kalau pakai ISO tinggi gambar jadi terang. gambar terang tu cool la kan. ya saya pun suke gambar yang terang2 dan gambar2 yang clear. sebelum tu kan ape itu ISO? alah soalan senang je kan. google je lah kan. ok2 dalam buku cakap eh tulis ISO speed tu adalah 'imaging sensor of sensitivity to light'. macam itu lah bunyi nye. apa maksudnya agaknya? ok ianya macam ini. kadar ISO akan menyesuaikan cahaya gambar yang diambil supaya bersesuaian dengan kadar konsentrasi cahaya di persekitaran. apabila ISO yang tinggi digunakan semasa 'low light', ISO yang tggi itu akan mengurangkan kadar kekaburan sesuatu gambar itu. lebih kurang begitu lah. x pasti kalau korang paham x. maaf lah =_="
ok ini adalah cadangan untuk penggunaan ISO tanpa penggunaan flash.
ISO 100/200 - cahaya terang (cth: semasa siang hari diluar rumah)
ISO 400/800 - mendung 
ISO 1600> - gelap dan di malam hari
kalau pakai flash kadar ISO boleh dikurangkan. itu je la untuk hari ini.ok gambar hari ini adalah gambar bunga di depan rumah saya.hehe thanks for reding. :)
(click gambar untuk tumbesaran)

Sep 15, 2011

bermulanya kisah seorang amatur

saya dah lama berminat dengan dunia photografi ini.tapi baru sekarang berjaya mengumpul duit untuk membeli camera sendiri. sebelum ini hanya pinjam kawan kawan punya dan x puas. saya memilih untuk menggunakan DSLR model daripada CANON iaitu EOS 400D. seperti yang terdapat di dalam gambar. iainya dalam kategori DSLR yang murah dan berpatutan sesuai untuk beginer macam saya. walaupun ia murah kualiti gambar yang dihasilkan tidak lah begitu mengecewakan. kepada senior senior yang dah pakai DSLR dah lame boleh la tunjuk ajar pada adik adik ini.adik ni x reti lagi ni. adik ni pula pemalu nak tegor orang.ehe..ok bawah ni ade beberapa gambar yang dihasilkan camera saya.itu je yang ada.ehe.boleh click gambar untuk tumbesaran. thanx for reading.:)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...